h1

Hati seorang ayah yg ku panggil “dady”

January 22, 2010

Hari ini,macam-macam perasaan yang datang.Give up sebab tidak jumpa lagi kerja.Sedih pun ada sebab lama tidak jumpa keluarga.Rindu yang teramat sangat pada keluarga di kampung.

Huhuh hari ini pepagi bangun buat kerja-kerja rumah seperti biasa.Cuma hari ini memandangkan hari Jumaat jadi berehat dulu dari mencari kerja,lagi pun mahu jimat sedikit,duit poket sudah tinggal sikit.Lepas breakfast,layan internet kejap,cek-cek email lepas tu tertidur pula.Huk3 tunggu yang di Klcc tu call yang di kedai Stationary Al-Aman call panggil kerja tapi tiada juga sampailah tertidur-tidur.

Last-last HP bunyi , semangat mahu jawab sebab ingatkan yg Al-Aman itu call sudah,rupanya bukan.Yang Hospital Dr Haman’s tu yg call.ALhamdulillah happy juga sebab kena panggil interbiu.Moga-moga membawa hasil yang baik dan mengembirakan hati ibu dan ayah ku.

Lepas itu aku sms ibu ayah dan kakak ku bagitahu aku kena panggil interview.Aku happy sangat masa ini.Mamy ku punya msg macam ini “mudah-mudahanlah ko dapat hati-hati ko menjawab soalan dorang nanti.Ko sms dady ba kasitau.Mamy tu yang dady cakap-cakap kamu semua 5sen pun sayang mahu buang tanya kabar dady.Harap-haraplah ko dapat tu nda jg sia-sia ko belajar di sana”..Semangat baca msg mak aku ni,tetapi sedih juga part bila mak bagitahu hal dady.Huk3 kesian dady.Bukan tidak sms tapi kredit tiada dua tiga menjak ini.

Selepas itu dapat balasan msg dari ayah ku,berbunyi macam ni “Waalaikumusalam.Walaupun kamu anak lupa minta doa dari dady dan sms  dady.Tetapi dady tidak pernah lupa mendoakan kesenangan hidup anak-anak.Macam adik mu c X,dady telepon dan sms tidak balas,dady panggil sini tempat dady jawabnya tiada masa.Adik mu c N dady bawa kerja sinipun tidak mahu.Macam dady tidak pernah dalam hidup dorang.Dady tidak minta apa-apa kesenangan dari kamu.Asalkan kamu berjaya masing-masing.Itulah kesenangan dan kebahagiaan untuk dady”.Huk3 menitik air mata baca msg dari ayah ku.Ampunkan aku dan adik-adik.Ya ALLAH kau tabahkan hati ayah ku dan ibu  semoga mereka sentiasa sihat dan menyayangi kami.

Harap-harap apa yang terjadi ini akan jadi pengajaran pada kita semua.

semoga isnin ini membawa perkhabaran berita gembira untuk ibu dan ayah ku.Aku buat semua ini untuk mereka,untuk membantu ayah ku membesarkan adik-adik ku..Ya ALLAH kau permudahkanlah jalan dan urusan ku ini.Amin.

h1

Kerja..Kerja..Kerja

January 14, 2010

Hari ini masih lagi tidak dapat kerja.Semalam pergi training.Dengar memang agak menarik,tapi adalah payah bagi aku untuk buat kerja seperti itu…

Dan sekarang akan terus dan terus mencari kerja lagi..Semoga ada sinar harapan lah..amin

h1

Training at Menara Plaza Pekeliling (Telefonis)

January 13, 2010

Kesinambungan coretan semalam.
Interview malam tadi saya simpulkan berjalan agak lancar.Oleh kerana ramai yang pergi interview jadi interview di jalankan secara berkumpulan.
Semalam aku di interview dengan 3orang lagi pencari kerja yang lain.Hek3 aku saja yang pakai baju kurung malam tadi 😛
Masa interview tu penemuduga itu menyuruh aku orang pertama memperkenalkan diri hek3 segan takut dan malu lah kunun pada mulanya.Lepas tu ok saja dah agak panas 😛
Penemuduga itu kata kerja is very simple and easy very santai.Setiap hari datang office kena call customer dan cari klien.Senarai nama customer telah di berikan.Tetapi dari pagi start pukul 9am hingga 5.30pm kena bercakap sahaja di telefon.Itulah routina kerja harian sebagai telefonis tapi gaji agak lumayan juga bila kita dapat customer.
Dari apa yang penemuduga katakan,dapat saya simpulkan bahawa kerja ini memerlukan kita berusaha lebih untuk mendapatkan customer.Dan kita akan mendapat hasil dari usaha itu.
Hari ini kena pergi training dan akan di tapis pula untuk memilih candidate mana yang layak untuk bekerja dengan company mereka.
Harap aku adalah salah seorang yang terpilih.amin.

Moga sinar kejayaan akan terbit seperti mana terbitnya mentari di ufuk timur..

h1

cari kerja

January 12, 2010

Semalam p interbiu kat taman permata kat Al-Ansar pendidikan Islam.Kena terima kerja situ tp juah ssangat dari tempat tinggal.Payah mahu pergi kerja.Jadi cuba pula untuk mencari kerja di area dekat dan senang mahu pergi kerja.
Tadi pihak sekolah tu call suruh start kerja pada hari ini.Tapi tidak pergi.
Petang ni mahu pergi interview di Titiwangsa pula.Semoga dapatlah.
Susahnya nak mencari kerja.Lebih-lebih lagi di tempat orang ini.Jauh dari keluarga.Kena berdikari.
Semoga hari ini membawa perkhabaran gembiralah.Amin dengan izin-Nya.

h1

my sweet home

December 13, 2009

h1

cinta adam memadam diam

December 11, 2009

Ketika Adam singgah didamainya khayalanku
Bulan membiru lambangkan rinduku yang menghimpit
Terbuai mimpi-mimpi mengulum tiap malamku
Melenggang anganku tak pernah terhenti menari
Hasrat menembus dinding mimpi kealam nyata

Tercipta kata-kata menjanjikan masa depan
mengiringi langkah asmara menuju cita
Tertunda asaku bertabur keraguan dan kepastian
Disaat aku tertembus oleh ganasnya racun cinta
Bahagia singgah disetiap bilik hatiku yang kujaga

Ketika Adam memadam diam dalam ruang cintanya
Kupanggil namanya namun tersia-sia, dia kini menjauh
Tatkala kata-kata tajam melukai hatinya yang tulus
Pintu pengampunan bagiku telah terkunci rantai luka
Disini aku menyesal ingin menghapus lontaran kasar itu

Ketika adam membunuh cintanya dalam terluka hati
Disini aku gundah gulana berharap untuk termaafkan
Segala karma yang akan datang menemuiku
Dimanapun aku pijakkan tapak kaki ini
Cintaku untuknya tak akan terbunuhkan

h1

huhuhu

December 11, 2009

dalam kesunyian tabir malam ada seribu keresahan,
dalam menanti suatu ungkapan yg tak bisa dimengerti jiwa,
selautan kasih diluahkan namun alam masih tak mengerti apakah malamku berteman bayu kesedihan,
pasrah aku dalam penantian menantikan kehadiran sang cinta.
siapakah itu jiwaku kelam dalam lautan cinta.

h1

cuti..cuti..relax..

December 11, 2009

heheheh..happay hari ini cuti..boleh relaxkan kepala dan badan…minggu ni tak sihat sangat..demam sikit…hari ni boleh rehat sikit..tapi minggu depan ada exam 4 paper..huwa huwa huwa…

h1

selepas ini…

December 8, 2009

sedar tidak sedar,sudah mahu habis tiga tahun aku study.dan selepas itu tibalah pula alam pekerjaan..huhu..mahu kerja apalah lepas ini..belajar di sektor swasta ini tidak menjamin peluang pekerjaan seperti belajar di sektor kerajaan..

bergantung dengan nasiblah dan rezeki..ada rezeki keluar terus dapat kerja..namun andai ia lambat datang maka kena kerja sampingan lah dulu.untuk menampung kos hidup di tempat orang ini yang jauh dri keluarga..

sekarang ni tengah usaha juga untuk menghantar resume di private2 hospital.mana tahu rezeki ada nasib baik,dapat juga kerja..hahah tp kena keluarka banyak duit dulu lah..kena print,dan semua2lah.

semoga ALLAh memudahkanlah urusan hamba-NYA ini.amin.amin.amin

h1

bz..bz..bz..

December 8, 2009

huhuhuh sudah hujung tahun…tiba masa lah warden kolej mahu audit hostel..tiba lah juga masa kena menghabiskan duit nak ganti mana yang telah di rosakkan sengaja mahupun tidak …huwa huwa huwa…tengah tak ada duit 😛